KHURAFAT
DEFINISI KHURAFAT
Kamus Bahasa Arab:
(al-Mujam al-Wasit) Cerita-cerita yang mempesonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta
(al-Marbawi) Cerita karut (karut marut)
Kamus Dewan:
KHURAFAT
Kepercayaan karut yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku.
KHURAFAT
Semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam
Khurafat adalah bidah akidah
Apa saja kepercayaan kepada sesuatu perkara yang menyalahi ajaran Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.
CIRI-CIRI KHURAFAT
1. Tidak didasarkan pada nas-nas syarak (al-Quran atau hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam.
2. Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut.
3. Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan bercanggah dengan Islam.
4. Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya.
5. Mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariah.
6. Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus
BENTUK-BENTUK KHURAFAT
Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu, telaga, batu, bukit, tongkat dan sebagainya.
KERAMAT
1. Perkara yang luar biasa.
2. Anugerah Allah kepada hambanya yang salih.
3. Terjadi daripada orang salih.
4. Bukan dari benda-benda seperti tembikar, kubur, pokok dll.
5. Bukan dari orang fasik.
6. Kepercayaan kepada sial majal seperti adat mandi safar, adat mandi membuang sial dan sebagainya.
7. Kepercayaan kepada kekuasaan jin dan memohon pertolongan darinya seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar adat pantai dan sebagainya
TIDAK ADA SANGKAAN SIAL DLM ISLAM
Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud: Tidak ada burung, tidak ada penyakit menular dan tidak ada sial. Anggapan sial itu adalah syirik. (ini diucapkan oleh Nabi sebanyak 3 kali)
JIN
1. Makhluk alam ghaib yang berakal, berkehendak, sedar dan ada kewajipan.
2. Ia berjasad halus dan hidup bersama-sama manusia di dunia ini.
3. Jin dicipta lebih dahulu daripada manusia.
4. Ia dicipta daripada api. Firman Allah dlm Al-Hijr 15: 26-27 yang bermaksud
Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia daripada tanah liat yg kering (yang berasal) dari Lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami menciptakan jin, sebelum itu, dari. api yg sangat panas.
Firman Allah:
وأنه كان رجال من الإنس يعوذون برجال من الجن فزادهم رهقا
Maksudnya :
Dan sesungguhnya ada beberapa orang di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa orang di antara jin, maka jin-jin itu menambah dosa dan kesalahan bagi mereka. (Al-Jin 72: 6)
.
Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki seperti adat memuja semangat padi yang dilakukan oleh petani-petani seperti bersemah (memuja semangat padi) dan membuang ancak di sungai dan laut dan bermain pantai
Rezeki Pemberian Allah Firman-Nya Yg Bermaksud: Kamilah Yg Memberi Rezeki (Hud : 6) Hendaklah Berusaha Banyak / Sedikit Ketentuan Allah Kepercayaan kepada petanda-petanda, pantang larang dan mimpi. Contohnya seperti tidak boleh keluar ketika gagak berbunyi, takut mendapat sial atau bala dan sebagainya. Sabda rasululullah s.a.w yang bermaksud: mimpi ada tiga jenis: mimpi yg datang dari allah, mimpi kesedihan yang datang dari syaitan dan mimpi yg datang dari kesan bisikan hati seseorang di waktu sedar, lalu dilihatnya dlm mimpi.
Memuja objek-objek tertentu, pohon, roh nenek moyang, kubur-kubur yang dianggap wali dan sebagainya. Percaya kepada ramalan-ramalan bintang, angka-angka atau rajah-rajah tertentu. Sabda Rasulullah s.a.w : Janganlah Engkau jadikan kuburanku sebagai berhala yang disembah. Sangat murka Allah terhadap orang-orang yang membuat makam-makam para nabi sebagai tempat ibadat
HUKUM BERAMAL DENGAN KHURAFAT
Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Qur'an, al-Hadis, Ijma' dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam. Sabda Rasulullah
من أحدث فى أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد
Maksudnya: Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya itu adalah tertolak.
Percaya kepada benda-benda yang dijadikan keramat seperti pokok, kubur, telaga dan sebagainya, serta memuja, memohon pertolongan dan melepaskan nazar pada benda-benda berkenaan dan percaya ianya mempunyai kuasa selain dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, adalah membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala
- Amalan Khurafat Masyarakat Melayu
- .1 MENGAPA????Sebelum kedatangan Islam, penduduk di Nusantara mempunyai pegangan dan keyakinan tentang adanyakuasa ghaib yang mereka tidak nampak tapi dapatmereka rasai kesannya.Tetapi bagaimana dengan kehidupan kita yang lahir-lahirnya sudah mempunyai AGAMA??Tambahan hidup didalam era globalisasi serba canggihWajarkah??? ^.-
- .2 SURAH AL BAQARAH AYAT 102 Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan Mengikut ajaran- ajaran sihir yang dibacakan oleh puak- puakSyaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yangmenyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmusihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut,di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka,kalaulah mereka mengetahui
- 3 DEFINISI Kamus Bahasa Arab:• Al-Mujam al-Wasit - Cerita-cerita yang mempesonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta• Al-Marbawi - Cerita karut (karut marut) Khurafat maksudnya kepercayaan karut marut yang sengaja direka-reka, bertujuan untuk membentuk satu keyakinan akan berlakunya perkara baik atau buruk terhadap sesuatu kerja yang dilakukan. Perkara baik atau buruk yang dijangka akan berlaku tersebut berpandukan kepada sesuatu kejadian alam atau peristiwa atau juga perbuatan dengan cara mentafsirkan kejadian tersebut boleh membawa bala bencana atau tuah dan keberuntungan kepada seseorang, keluarga atau masyarakat.
- 4. CONTOH AMALAN KHURAFAT MEMBUANG ANCAK MANDI SAFAR MEMUJA PANTAI PUKAU PUJA KUBUR SUSUK/TANGKAL SANTAU
- 5. SEDIKIT RENUNGAN• Dari Abu Hurairah R.A Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud: “Tidak ada jangkitan ( yang berlaku tanpa izin Allah ), tidak ada buruk sangka pada sesuatu kejadian, tidak ada malang pada burung hantu dan tidak ada bala pada bulan Safar ( seperti yang dipercayai ).”CUBA FAHAMI MAKSUD HADIS DI ATAS
- 6. CIRI-CIRI PERBUATAN KHURAFAT• Tidak didasarkan pada nas-nas syarak (al-Quran atau hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam.• Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut.• Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan bercanggah dengan Islam.• Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya.• Mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariah.• Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus
- 7 . PUNCA• Tidak mempunyai asas yang kukuh di dalam pengetahuan agama di mana mudah menerima perkara-perkara yang dianggap menarik baginya.• Mempelajari dari guru-guru atau ketua-ketua yang tidak bertanggungjawab.• Terikut-ikut dengan amalan yang sedia ada kerana menyangka amalan itu adalah amalan yang betul.• Sudah terbiasa melayani nafsu ammarah.
- 8 KESAN KHURAFAT TERHADAP UMAT ISLAM• MEROSAKAN AKIDAH• MENAMBAHKAN AMALAN BIDAH• HILANG KEPERCAYAAN�KEPADA QADA’ DAN QADAR• HILANG SIKAP BERUSAHA• MUDAH BERPUTUS ASA TIDAK BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH Bahaya yang paling besar akan dihadapi umat Islam jika mempercayai khurafat dan beramal dengannya ialah terjerumus ke lembah kesyirikan. Ingatlah wahai rakan-rakan.. Sesungguhnya syirik itu adalah satu daripada dosa besar kerana orang yang syirik telah menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.
- 9 . KESIMPULAN• Umat Islam diminta bertawakal hanya kepada Allah selepas berusaha bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara yang dihajati.• Kepercayaan bahawa ada makhluk lain yang boleh memberi manfaat dan mudarat, mengakibatkan pemikiran umat Islam terbelenggu dalam akidah sesat.• Khurafat dan tahyul bukan daripada ajaran agama. Ia adalah perkara yang tidak munasabah dan tidak dapat diterima akal waras.• Amalan khurafat hanya boleh dielak jika kita berpegang teguh dengan ajaran Islam dan kembali kepada al-Quran dan Sunnah.
Ulasan
Catat Ulasan